Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • PAS Pilih Bekerjasama Dengan PPBM, Tapi Bukan Dengan Mahathir

    Oleh editor | 9 January 2017 | 10:00 pm

    Pas memberi peringatan sama sekali tidak akan menjalikan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menyedari bekas Perdana Menteri itu tidak akan pernah berubah sikap.

     
    Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerjasama politik sekiranya berlaku sekalipun hanya melibatkan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan pengerusi parti itu.

     
    Dalam masa sama, Mohd. Amar juga memberi peringatan bahawa pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran sekiranya terus bekerjasama dengan Dr. Mahathir.

     
    “Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.

     
    “Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO,” katanya.

     
    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. di salah sebuah hotel di sini hari ini.

     
    Majlis menandatangani perjanjian tersebut diwakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob manakala Climate Protector diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Too Siah. – UTUSAN ONLINE.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up