Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Kalau Tun M Boleh Jadi Pengerusi, Takkan Tun Hasmah Takleh Jadi Ketua Srikandi?

    Oleh editor | 9 January 2017 | 12:38 pm

    TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

     

    Walaupun lagu dan laman sesawang rasmi itu tidak akan banyak membantu memperbaiki imej PPBM yang tercalar, namun kewujudannya menampakkan pemimpin PPBM ingin benar berentap pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

     

    Apatah lagi pada 8 Januari 2017, PPBM telah melengkapkan senarai kepimpinan sayap pertamanya iaitu Armada PPBM yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan dibantu oleh timbalannya, Mohd Aizad Roslan dari Kedah.

     

    BACA : SENARAI KEPIMPINAN ARMADA PPBM

     

    Namun demikian, PPBM tidak akan beroperasi dengan baik seperti dirangka. Bukan sahaja kerana terpalit dengan pelbagai isu dan skandal melibatkan moral para pemimpin tertingginya sahaja, namun satu lagi sayap parti berkenaan masih lumpuh buat masa ini.

     

    Kununnya seperti seekor Helang Merah membelah awan dan laut Andaman untuk menangkap mangsa di persada bakau Langkawi, parti serpihan Umno itu sebenarnya sekarang sekadar ‘mengepak’ di sarangnya sahaja.

     

    Mana tidaknya, hanya satu sahaja sayap yang berfungsi, manakala sebelah lagi sayap parti tersebut sudah dicemari dengan kejijikan ‘4 kali klimaks’ sehingga patah sayap tak mampu paruh menongkat bumi.

     

    Mahu ataupun tidak, kepimpinan PPBM harus segera menggantikan ‘permata yang hilang’ dari sayap Srikandi PPBM itu dengan pucuk yang baharu untuk berentap secara gentleman di gelanggang demokrasi iaitu PRU14 akan datang.

     

    Selak punya selak, belek terus belek, maka tiada yang lain nampaknya yang boleh memuaskan nafsu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai cita-cita peribadinya dalam politik, melainkan hanya si gadis rusuk kirinya sahaja mampu berbuat demikian.

     

    Oleh sebab itu, jangan terkejut atau trauma sekiranya kita mencadangkan agar bekas ‘Wanita Pertama Malaysia’ iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilantik dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Srikandi PPBM, menggantikan penyandangnya Anina Saadudin.

     

    Berkat kesetiaan beliau terhadap Dr Mahathir, maka tidak layak lagi untuk kita mempertikaikannya. Apatah lagi, Dr Siti Hasmah merupakan individu paling dekat dan rapat dengan Pengerusi PPBM tersebut yang semestinya mampu memacu sayap parti berkenaan mengikut apa yang dikehendaki Mahathir.

     

    Jika Dr Mahathir berpengalaman lebih 22 tahun bergelar Perdana Menteri, tidakkah Dr Siti Hasmah juga turut berpengalaman bergelar Wanita Pertama Malaysia dengan tempoh yang sama? Disamping bergelar Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri atau BAKTI selama 22 tahun?

     

    Ini sudah cukup untuk melayakkan beliau menerajui sayap khusus untuk kaum hawa tersebut bagi mencapai misi dalam PRU14 akan datang menarik undi majoriti. Jangan kita banyakkan alasan lagi, soal kewajaran dan kelayakan Dr Siti Hasmah semestinya tidak boleh disangkalkan lagi oleh siapa-siapa.

     

    Sesungguhnya, hasil kerja dan pengalaman serta kesetiaan Dr Siti Hasmah telah menjawab sama ada beliau betul-betul layak ataupun tidak untuk bergelar Ketua Srikandi PPBM. Selamat mengangkat sumpah Dr Siti Hasmah! –Tv14

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up