Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Inter Milan Cuba Nasib Pancing Messi

    Oleh kal-el | 9 January 2017 | 11:29 am

     

    KELAB gergasi Serie A, Inter Milan dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pemain bintang Barcelona, Lionel Messi.

    Kontrak Messi bersama Barca akan berakhir pada 2018 dan spekulasi mengenai masa depannya semakin hangat diperkatakan walaupun kelab asalnya itu berhasrat menawarkan kontark baharu yang lebih lumayan.

    Portal berita Itali, Mundo Deportivo melaporkan pemilik Inter dari China sedang berusaha untuk memancing pemain kebangsaan Argentina itu.

    Menurut laporan itu, pemilik baharu Inter sanggup mengeluarkan pelaburan besar kepada Barca agar urusan mendapatkan Messi dapat direalisasikan.

    Inter kini kelihatan terdesak untuk membawa masuk Messi bagi mengembalikan semula era kegemilangan pasukan tersebut.

    Pasukan itu menduduki tangga ketujuh dalam carta Serie A dengan mengutip 33 mata daripada 19 perlawanan, ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Juventus.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up