Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Dakwa 200 Ahli Umno Keluar Parti, Lihat Bagaimana Cara PPBM Menipu…

    Oleh editor | 9 January 2017 | 7:03 pm

     

    Sungguh memalukan! Parti PPBM mungkin boleh membohongi orang lain tetapi mereka tidak boleh membohongi rakyat Pulau Pinang.

     

    Baru-baru ini media telah melaporkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kononnya telah menerima 200 keahlian baharu dari Kampung Tok Sani Parlimen Bagan. Menurut ahli Majlis tertinggi PPBM, Marzuki Yahaya, mereka itu semuanya bekas ahli UMNO.

     

     

    Rupa-rupanya, berita ‘200 ahli UMNO masuk PPBM’ ini hanya satu pembohongan sahaja! Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin.

     

    Malah, beberapa individu telah diarahkan oleh Shaik Hussein untuk berada di sana dan memantau perjalanan program tersebut. Dan lebih kurang 10 orang ahli UMNO cawangan Kampung Tok Sani yang hadir dan mereka itu adalah daripada puak Marzuki Yahya.

     

     

    Marzuki Yahya pula adalah orang yang kecewa kalah semasa pemilihan UMNO bahagian Bayan sebelum ini.

     

    Manakala mereka yang hadir merupakan orang luar kawasan Parlimen Bagan. Mereka adalah import daripada Bahagian Jelutong, ahli PKR Permatang Pauh dan Seberang Jaya. Malah menurut sumber itu, wakil dari Persatuan Ibu Tunggal Permatang Pauh juga turut hadir.

     

    Pendedahan tentang entiti mereka yang hadir ini bukan sahaja membuktikan pembohongan parti PPBM di Pulau Pinang tetapi parti itu mungkin juga akan berbohong di negeri-negeri lain.

     

    Bukan itu sahaja, kehadiran muka-muka ahli PKR yang turut menghantar borang keahlian PPBM ini juga sudah pasti akan menyebabkan pergeseran dalaman di antara PKR dan PPBM. Ianya kerana parti yang baharu berusia 4 bulan ini telah mencuri ahli-ahli PKR, rakan politik mereka sendiri.

     

    Dan apakah PPBM berani menyahut cabaran Shaik Hussein supaya parti itu menunjukkan bukti bahawa 200 orang itu adalah ahli UMNO daripada Kampung Tok Sani Parlimen Bagan?

     

    Kita bagi 1 minggu. Jika tiada bukti, PPBM sah berbohong.

     

     

     

    Sumber : Dr MiM

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up