• Carian
  • Media Sosial
  • Tak Mengaku Pun Ramai Dah Tahu PPBM Berpecah Belah…

    Posted by nadilang | 8 January 2017 | 231

    APA agaknya jawapan yang diharap bila orang tanya kepada Muhyiddin mahupun Mahathir akan dakwaan parti serpihan UMNO, Pribumi cap bunga ini, belum sampai usia 3 bulan tapi sudah berpecah kepada 2 kem? Kucing tumbuh tanduk pun mimpi sajalah nak dengar “Ya, 2 kem itu memang wujud” keluar dari mulut salah seorang mereka.

    Gila ka nak mengaku?

    Nak-nak manusia nama Mahathir ini. Dia diketahui dunia hanya mengaku kalau ada untung politik saja, takda untung politik kalu, mati hidup balik pun dia tak akan mengaku, tak kisah sebesar mana kebenarannya sekalipun.

    Penafian ini samalah seperti bila Mukhriz pada bulan Oktober yang lepas bercakap perkara yang sama – tak mengaku jugak. Lepas tu kita semua nampaklah, sorang-sorang keluar parti dan berlaku kemelut yang diakibatkan oleh konflik dalaman.

    Hakikatnya, cerita berpecah ini bukan keluar dari mulut mana-mana pemimpin UMNO pun tapi dari mulut orang-orang parti itu sendiri – yang keluar mahupun yang terlibat dalam kemelut dalaman. Seperti dalam isu berkaitan jawatan Ketua Srikandi tak berapa hari itupun, dah dengar dah punca kepada kemelut tersebut ialah kerana perbezaan kepimpinan – yang boleh juga ditafsir sebagai bukti perpecahan.

    Ayat (lebih kurang maksud) “perkara ini tak akan berlaku kalau Mahathir jadi Presiden”, bukan mana-mana orang UMNO yang sebut pun, orang bunga raya tu jugak. Begitu juga dengan alasan mereka yang “ada nama” keluar dari parti tersebut, pun menunjukkan berlakunya perpecahan yang begitu ketara.

    Justeru, cara 2 orang ini memperlekehkan dakwaan wujud 2 kem itu sebenarnya, mengesahkan lagi bahawa kem-kem yang dikatakan itu memang wujud – bukti pun dah ada, dilihat dari pelbagai kemelut yang berlaku dalam parti tersebut kebelakangan ini.

    Cuma, tak mengaku kerana bimbang akan menambah kepada masalah sedia ada dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti yang ditubuh atas dasar dendam dan kepentingan peribadi.

    Rakyat perlu faham bahagian itu saja. -MyKmu

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up