Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Jentera BN Sila Hentikan Mood ‘Honeymoon’, Kerana 2017 Untuk ‘War’

    Oleh editor | 8 January 2017 | 6:30 am

    ‚Äč

    PELBAGAI kemungkinan bakal berlaku dalam tahun 2017 ini kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Rahman Dahan.

    Adakah ia memandangkan desas desus pilihan raya umum ke 14 akan diadakan tahun ini akan jadi realiti?

    Rahman turut memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah menganggap 2017 sebagai istimewa.

    Apatah lagi apabila Rahman turut meminta para jentera siber dan media agar mula bersiap siaga mulai sekarang juga.

    Tanda-tanda dari Najib dan Rahman ini membayangkan pilihan raya umum sudah tidak begitu lama lagi. Walaupun ada yang berpendapat bahawa ia bakal diadakan pada 2018, namun gambaran sebagai ‘tahun istimewa’ oleh Najib itu boleh menafikan segala pandangan lain.

    Jika Najib tidak membubarkan Dewan Rakyat di tahun ini sekali pun, pada 2018 nanti ia tetap akan terbubar dengan sendirinya. Maka, menunggu tarikh pilihan raya umum hanyalah suatu keadaan yang memberi tekanan jiwa, sedangkan ia pasti akan datang jua.

    Apa yang penting adalah saranan Najib dan Rahman itu agar semua pihak bersiap sedia. Jangan lagi berada dalam mood ‘honeymoon’ kerana 2017 adalah untuk mood ‘war’. –Tv14

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up