Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Kes 1MDB Digugurkan Mahkamah AS Kerana ‘Lucu Dan Karut’

    Oleh editor | 7 January 2017 | 6:45 am

    PEMBANGKANG kata Perdana Menteri membuatkan imej negara kita dimalukan di persada dunia. Sebaliknya mereka sendirilah yang memalukan Malaysia melalui tindakan lucu dan karut sendiri. Jika kita masih ingat lagi ada dari kalangan ‘macai’ pembangkang yang memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat Malaysia di negara asing. Ternyata tindakan individu warganegara Malaysia itu benar-benar membuatkan seluruh dunia mentertawakan kita.

     
    Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden dunia lebih seabad, seseorang itu bertindak menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.

     
    Justeru tindakan tuntutan perundangan aneh di AS tersebut telah digugurkan kerana ‘terlalu tidak masuk akal’. Tindakan bodoh dan aneh itu dikemukakan oleh bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Matthias Chang dan mantan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

     
    Pada 11 Ogos lalu, syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB dan firma AS iaitu Goldman Sachs serta beberapa individu atau syarikat tertentu antaranya Riza Aziz dan Red Granite telah difailkan saman oleh mereka di AS.

     
    Isu tuntutan berkenaan kemudian disensasikan pula oleh Peguam Negara dan pihak Jabatan Keadilan AS atau DoJ sebelum dakwaan tidak berasas itu disiarkan secara meluas oleh akhbar antarabangsa, The Wall Street Journal. Ada yang berpendapat, perkara ini juga telah dirancang oleh Dr Mahathir sendiri.

     
    Malangnya tiada apa-apa yang baharu pun dalam tuntutan itu. Chang dan Husam malah mendakwa mereka boleh menyaman 1MDB dan beberapa suspek konon sebagai hak untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

     
    Walhal sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu menyatakan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.

     
    Tindakan mereka berdua dianggap lebih kepada aksi publisiti murahan. Ironi tuntutan itu meskipun disiarkan semua media Hollyood dan antarabangsa, plaintif tidak pernah pun memaklumkan defendan mengenai kes berkenaan.

     
    Ini bermakna, secara formal, mereka gagal menyerahkan notis saman perundangan kepada tertuduh. Goldman Sachs dan Red Granite misalnya entiti perniagaan yang mudah ditemui di AS namun langsung tidak mengetahui apa-apa.

     
    Secara fakta, plaintif tak berusaha meneruskan tuntutan dan dari segi perundangan, ia dianggap remeh serta sekadar mencari publisiti selain mempengaruhi persepsi sehingga menyebabkan kerosakan reputasi defendan.

     
    Akhirnya Matthias dan Husam ‘gugur’ tuntutan berkenaan lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia) sekali gus semua kisah drama saman itu turut berkubur selain menyerlahkan selama ini ia cuma aksi perhubungan awam.

     
    Red Granite menerusi satu kenyataan susulan penarikan tuntutan itu berkata, pengguguran saman adalah langkah terbaik kerana tidak pernah difailkan pada peringkat awal lagi secara proses yang sewajarnya.

     

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up