Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Conte Harap Tiada Lagi Pemainnya Berhijrah Ke China

    Oleh kal-el | 7 January 2017 | 5:00 pm

     

    PENGURUS Chelsea, Antonio Conte berharap tiada lagi pemainnya yang akan berpindah ke China.

    “Saya harap tiada lagi tawaran gila-gila dari China. Seperti yang katakan sebelum ini, tawaran dari China ini selesai dengan Mikel dan Oscar,” katanya.

    Pengurus berasal dari Itali itu berkata, penting untuk kami bertahan dengan skuad yang ada sekarang yang sedang memperjuangkan musim ini.

    Jelasnya, Chelsea memulakan musim dengan cara yang tepat dan penting untuk kami bertahan dengan pemain-pemain yang sama.

    Dikhabarkan, dengan kekuatan sumber kewangan yang baik, kelab bola sepak di China sanggup membeli pemain bintang dari Chelsea.

    Di bursa pemindahan Januari ini, dua pemain Chelsea yang dibeli kelab China iaitu Oscar yang bergabung dengan Shanghai SIPG dan kemudian John Obi Mikel menerima tawaran pindah ke Tianjin Teda.

    Beberapa hari lalu, kelab China, Tianjin Quanjian merekrut Axel Witsel dan khabarnya cuba mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Diego Costa.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up