• Carian
  • Media Sosial
  • Jentera UMNO Dan BN Perlu Siap Sedia Hadapi PRU14

    Posted by fatty | 6 January 2017 | 4

     

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua jentera Barisan Nasional dan UMNO supaya bersiap siaga dari segi strategi menawan hati pengundi terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

    Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata gerak kerja jentera adalah melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing terutama di kawasan-kawasan tumpuan yang mana kerusinya BN kecundang atau mempunyai kelebihan sedikit.

    Beliau berkata jentera BN dan UMNO perlu memastikan agar hati dan pemikiran pengundi di kawasan tumpuan itu dapat dimenangi supaya kerusi di kawasan tumpuan memenangi majoriti yang diperlukan.

    “Saya merasakan bahawa seteru politik telah melipatgandakan kerja-kerja mereka dan saya yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik kita, maka kawasan-kawasan tumpuan akan dapat kita peroleh semula kemenangan,” kata beliau kepada pemberita selepas berjumpa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Muar, Ledang, Pagoh dan Ledang di Bangunan UMNO Muar, di sini.

    Ahmad Zahid turut mengingatkan jentera UMNO supaya turut membantu jentera BN daripada parti-parti

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up