Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Jatuh Tersungkur Ketika Obama Berucap

    Oleh editor | 6 January 2017 | 11:22 am


    ​Seorang anggota Pengawal Kehormat Tentera Amerika Syarikat (AS) jatuh pengsan di depan Presiden Barack Obama ketika majlis ucapan perpisahan bersama pasukan tentera.
    Anggota tentera tersebut dirakamkan terbaring bersebelahan rakannya semasa majis itu diadakan di Arlington, Virgina pada Rabu.
    Pengawal terbabit dipercayai pengsan ketika Obama berucap di Dewan Pangkalan Tentera Myer-Henderson untuk memberi penghormatan terakhir sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden.
    Anggota tentera yang tidak dinamakan itu dipercayai terlalu penat berdiri sepanjang majlis tersebut dan dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
    Insiden berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran majlis perpisahan antara Obama dan pihak tentera.
    Obama akan menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada wakil Parti Republikan, Donald Trump yang memenangi Pilihan Raya Presiden pada November lalu.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up