• Carian
  • Media Sosial
  • Laporan Financial Times Bikin Pembangkang Gusar

    Posted by editor-ii | 5 January 2017 | 1:53 pm | 1021

    Pasukan penyelidik Financial Times dalam kajiannya mendapati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini berada di landasan yang betul untuk mengekalkan cengkaman kuasanya sekali gus membayangkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

    Antara yang diambil kira dalam kertas penyelidikan yang dijalankan ialah pembangkang yang berpecah, lalu ia bermakna peluang untuk perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia.

    Mengambil kira kepada tinjauan asing ini, sudah pasti ia akan memeningkan pembangkang, terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini melakukan serangan terhadap Najib dengan matlamat untuk menjatuhkan beliau, namun gagal.

    Mungkin kita mahu melihat kembali antara siri serangan yang dilakukan beliau sebelum ini. Ia bermula dengan gesaan Mahathir agar Perdana Menteri meletak jawatan. Serangan itu bermula sejak 13 Mac 2015.

    Tidak lama kemudian, Wall Street Jurnal telah mendedahkan kononnya terdapat RM2.6 bilion dalam akaun Najib dan susulan itu satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan.

    Beberapa bulan kemudian iaitu pada 7 Julai 2015, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendedahkan bahawa tiga Tan Sri telah mengatur konspirasi rampasan kuasa. Bukan itu sahaja, portal Sarawak Report kemudiannya menerbitkan kertas pertuduhan palsu terhadap Najib.

    Ia kemudiannya dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Serangan sama turut dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

    Pada masa sama Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah pergi ke seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi asing.

    Mahathir kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar sekali lagi dari UMNO pada Februari 2016 dan beliau bersama-sama dengan pembangkang telah mewujudkan deklarasi Mahathir untuk mendapatkan tandangan bagi menggulingkan Najib dan kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

    Bagaimanapun tandatangan yang dikumpul itu dibayangi dengan kontroversi tandatangan palsu, iaitu kira-kira 300,000 tandatangan. Ia juga membawa maksud bahawa Mahathir telah membawa harapan palsu kepada penyokongnya dalam usaha menyingkirkan Najib.

    Sepatutnya penyokong Mahathir sedar, mereka tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada permainan dan percaturan politik beliau  yang nyata mempunyai kepentingan peribadi.

    Namun bak kata Najib sebelum ini, Mahathir mempunyai super ego, justeru beliau tidak akan mengalah. Sudah pasti beliau sedang merencanakan strategi baru pula.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up