Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Bahri Zin : Pernah Rampas Harta Anak Yatim Guna Kuasa SPRM?

    Posted by editor | 5 January 2017 | 6:51 pm | 2741

    PETIKAN ARTIKEL INI ADALAH 100 PERATUS DIAMBIL DARI SUMBER : CAPTAIN M

    Bahri sekejab kata tiada kenyataan media, SPRM nafi. Sekarang hendak mengugut hendak dedah. Apa dia lupa bagaimana Bahri dan isteri keduanya Noor Harlina merampas harta arwah Zamly menggunakan kuasa SPRM kononnya siasatan rasuah. Wal hal ini semua agenda Bahri dan Noor Haslina untuk menakutkan Noraihan Che Ali dan aank-anak arwah. Apa nasib anak yatim bernama Muzi?  Harta dirampas..

    Bahri sekejab kata tiada kenyataan media, SPRM nafi. Sekarang hendak mengugut hendak dedah. Apa dia lupa bagaimana Bahri dan isteri keduanya Noor Harlina merampas harta arwah Zamly menggunakan kuasa SPRM kononnya siasatan rasuah. Wal hal ini semua agenda Bahri dan Noor Haslina untuk menakutkan Noraihan Che Ali dan aank-anak arwah. Apa nasib anak yatim bernama Muzi? Harta dirampas..

     

    1. Kekecewaan terbesar Datuk Bahri Mohd Zin ialah pada penghujung Julai 2016 Kerajaan mengumumkan Datuk Dzulkifli Ahmad dari pejabat Peguam Negara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bermula 1 Ogos 2016. Bukan satu rahsia di SPRM pegawai SPRM pro Shukri (Mantan TKP Operasi) dan Bahri bakal meletak jawatan jika Datuk Dzulkifli menjadi KP SPRM. Malah Datuk Bahri juga telah menghantar beberapa orang pelobi berjumpa YAB PM untuk melantiknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

    Kenapa dulu tak letak jawatan sahaja. Dedah dan bawa ke mahkamah segala isu

    Kenapa dulu tak letak jawatan sahaja. Dedah dan bawa ke mahkamah segala isu

    2. Selepas kisah pembocoran maklumat 1MDB, pemindahan pegawai SPRM serta merta, bersekongkol dengan pembangkang dan mempertikaikan Peguam Negara melangkaui majikannya Ketua Pesuruhjaya SRPM dan ugutan meletak jawatan serta pendedahan bukanlah sesuatu yang baru jika sekira Datuk Bahri bersara awal dan meluahkan rasa kecewanya. Perkara ini sudah dijangka lebih awal.

    3. Portal FMT selepas persaraan Datuk Bahri memetik kenyataan bahri “Saya bersara kerana kecewa, kata pengarah operasi khas SPRM” mengembalikan sandiwara Bahri dalam politik tanah air dan kurang 24 jam SPRM membuat penafian Datuk Bahri membuat kenyataan seumpama itu. Banyaklah cerita SPIN dari portal FMT dan Malaysiakini selepas itu. Termasuk reaksi marah dan ugutan Datuk Bahri terbaru “Jangan Cabar Saya”. Itulah Bahri dia nafi tetapi sebenarnya sengaja menunggu masa untuk menyerang kerajaan.

    4. Sebelum ini pada 24 JUN 2016 Rafizi mendedahkan bersekongkol dengan SPRM dalam beberapa kes. Bukti dan tindakan beberapa pegawai kanan SPRM yang bias bukanlah baru. Selain kes Lim Guan Eng kes Manikavasagam, Zuraida, kekayaan Adam Rosly malah skandal tanah Paya Indah Wetlands serta komisen SPLASH RM600 juta dengan Azmin sehingga kini tidak selesai. Banyak perkara dan tindakan SPRM pro kepada pembangkang sebelum ini. Hanya selepas Datuk Dzulkifli Ahmad menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM nampak lebih laju tangkapan-tangkapan perasuah bukan sahaja orang politik tetapi penjawat awam dan CEO GLC.

    6. Kenyataan Media Rafizi dan Akmal melalui National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada 23 Jun 2017 jelas dan terang Rafizi mengaku betapa Pegawai Kanan SPRM sentiasa bersekongkol dengan pembangkang. antaranya;

    “Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini. Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM”

     

    7. Hari ini Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Akmal Nasir sekali lagi tampil berkata Bahri wajar mendapat perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012. Nampak tak hubungan mereka? Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan tindakan Bahri. Kita hanya perlu tunggu apa seterusnya beliau lakukan. Menyertai parti pembangkang?

    Bahri Guna Kuasa SPRM Rampas harta
    Milik Anak Yatim!

     

    8. Kisah isteri kedua Bahri Datin Noor Haslina mendedahkan siasatan suaminya dalam Facebook bukan baru. Tahap menjengkelkan bagi keluarga anggota penyiasat. Tidak kurang anak-anaknya. Bahri bercakap soal integriti dan rasuah tetapi dia sendiri akur dan menggunakan kuasanya dalam SPRM untuk menekan Noraihan Che Ali isteri arwah Muhd Zamly Abdulllah pemilik Kolej KIST. Noor Haslina adik Zamly nekad merampas harta milik abangnya. Haslina menggunakan suaminya Bahri mengarahkan orang-orangnya (SPRM Putrajaya) melakukan serbuan ke rumah dan pejabat Noraihan bagi menghalang Noraihan daripada memasuki premis-premis berkenaan. Laporan polis telah dibuat.

     

    Lihat cara Bahri guna kuasa. SPRM perlu menyiasat dan membuka fail siasatan terhadap salah guna kuasa Bahri. Ini perkara yang boleh menjejaskan nama SPRM. Siasatan oleh Bahri jelas berpilih-pilih.

    Lihat cara Bahri guna kuasa. SPRM perlu menyiasat dan membuka fail siasatan terhadap salah guna kuasa Bahri. Ini perkara yang boleh menjejaskan nama SPRM. Siasatan oleh Bahri jelas berpilih-pilih.

     

    9. Kata Datuk Bahri “Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.” Jadi kisah dia menyalahgunakan kuasa sehingga merampas harta pemilik KIST bukan satu isu rasuah?

    Sumber dipetik dari : CAPTAIN M

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up