• Carian
  • Media Sosial
  • BR1M Rasuah : Azmin Tak Sependapat Dengan Presiden Sendiri

    Posted by editor | 30 December 2016 | 11

    Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semalam nyata tidak sependapat dengan presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
     
    Azmin dalam satu kenyataan hari ini dengan jelas menyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan adalah rasuah. 
     
    “Bagi saya BRIM ini adalah bentuk rasuah. Ini salah satu cara sogokan yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kerana kalau ianya merupakan satu bantuan untuk ekonomi ianya tidak memperdayakan rakyat,” katanya di Shah Alam semalam.
     
    Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
     
    Malah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
     
    Selasa lalu, Wan Azizah menyanggah kenyataan Mahathir dan menyifatkan pemberian bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu yang patut diterima rakyat.
     
    “Kamu kena lihat apa yang dikatakan itu menerusi konteks, saya tidak rasa adil untuk meletakkan tuduhan itu keatas Presiden PKR. Saya telah nyatakan tadi konteksnya adalah salah satu bentuk sogokan rasuah yang diamalkan Putrajaya,” jawab Azmin lagi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up