Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Impian Seorang Kanak-Kanak Ingin Bertemu Messi Tercapai

    Posted by fatty | 15 December 2016 | 1:20 pm | 4

     

    Seorang kanak-kanak warga Afghanistan yang menjadi terkenal selepas gambarnya memakai jersi daripada beg plastik dengan nama Lionel Messi tersebar di media massa seluruh dunia, akhirnya berpeluang menemui idolanya.

    Murtaza Ahmadi menemui bintang Barcelona itu di sini sebelum juara liga Sepanyol berkenaan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Al-Ahli dari Arab Saudi.

    Berusia enam tahun, Murtaza dari Ghazni, wilayah pedalaman Afghanistan, masuk ke padang di Stadium Al-Gharaffa sambil dipimpin Messi sebelum perlawanan bermula.

    Kanak-kanak itu dibawa khas oleh jawatankuasa yang mengawasi penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar untuk memenuhi impiannya.

    Murtaza menjadi tajuk akhbar seluruh dunia awal tahun ini apabila gambarnya memakai jersi beg plastik dengan nama Messi dan nombor 10 ditulis dengan pen marker tersebar di Internet.

    Jersi itu dibuat oleh abangnya, Homayoun yang memungut beg plastik yang dibuang jiran mereka.

    “Saya suka Messi. Dia pandai bermain bola dan saya suka jersi plastik yang ada namanya,” kata Murtaza ketika ditemui wartawan AFP ketika itu.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up