Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Johor Mencatatkan Sebanyak RM1.3j Lebihan Belanjawan

    Oleh fatty | 17 November 2016 | 1:53 pm

    datuk-seri-mohamed-khaled-nordin

     

    Kerajaan Negeri Johor mengumumkan belanjawan lebihan buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2011.

    Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata anggaran lebihan yang berjaya diperoleh sebanyak RM1.3 juta.

    “Kutipan hasil negeri pada 2017 dijangka mencapai RM1.6 billion menyaksikan dengan peningkatan sebanyak 12.86 peratus.

    “Ini bermakna Bajet 2017 adalah bajet lebihan (surplus) sebanyak RM1.303 juta,” katanya dalam pembentangan Bajet Johor 2017 pada Sidang Dewan Negeri Johor di sini, hari ini.

    Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan belanjawan pembangunan sebanyak RM763.3 juta meliputi 47 peratus daripada peruntukan keseluruhan bajet kali ini sekaligus agihan tertinggi dalam sejarah negeri.

    Bajet Johor 2017 yang dibentangkan bertema ‘Johor Berkemajuan,Rakyat Sejahtera’ menghuraikan tiga misi utama yang menjadi teras pelaksanaannya.

    Antara fokus bagi mewujudkan kemakmuran material, membawa kesejahteraan sosial dan memperkasakan bakat, potensi dan kemandirian rakyat melalui agenda pendidikan dan kemahiran.

    “Kita masih negeri ketiga terbesar dalam semua sektor utama negara dan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2010 hingga 2015 telah melepasi kadar kebangsaan setiap tahun dengan purata 5.9 peratus pertumbuhan berbanding 5.3 peratus bagi Malaysia,” katanya.

    Pencapaian kewangan semasa kerajaan negeri sehingga 16 November tahun ini mencatatkan kutipan hasil hampir RM1.37 bilion, bersamaan 96 peratus kadar prestasi, manakala rizab semasanya berjumlah RM3.43 bilion.

    Bajet 2017 juga memfokuskan kepada usaha memperkukuh dan menambah baik pelaksanaan tujuh Agenda Besar iaitu Johor Mahir, Johor Prihatin, Johor Lestari, Johor Islami, Johor Inovatif dan Digital, Keusahawanan Johor, dan Johor Berbudaya.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up