• Carian
  • Media Sosial
  • Mahathir : Dengki, Cemburu Dan Dendam

    Posted by editor | 4 November 2016 | 10

    mahathir-pau-muka-masam

    Dengki, cemburu dan dendam adalah sifat yang sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, sifat tersebut dapat dilihat berdasarkan kepada kenyataan Mahathir berhubung kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik pelaburan sebanyak RM143.6 bilion dari China.

    Kejayaan menarik jumlah pelaburan sebanyak itu juga telah sekaligus menafikan dakwaan Mahathir sebelum ini kononnya pelabur asing ketika ini takut untuk melabur di negara ini.

    “Saya tengok dia (Mahathir) lebih kepada cemburu lah kerana pelaburan RM143.6 bil satu jumlah yang besar. Bukan senang untuk sesebuah negara itu hendak melabur satu jumlah yang sebesar itu.

    “Jadi apabila China mahu melabur di Malaysia, bermakna negara China berkeyakinan dengan tadbir urus Perdana Menteri di dalam negara Malaysia. Jadi dia tak sukalah sebab dia cerita duit dah keluar orang tak confident (yakin) semua kan. Jadi apabila China melabur dengan kita, ini bertentangan dengan apa yang dia cerita dengan kita. Jadi bila bertentangan dia tak puas hati lah.

    “Dengki, cemburu, dendam, ini perangai Dr Mahathir semua orang sudah kenal. Pandangan beliau itu adalah satu pandangan yang datang daripada hati yang busuk, yang cemburu, dengki dan mahu melihat Datuk Najib jatuh. Walhal kita semua tahu bahawa setiap negara memerlukan pelaburan. Dan apabila ada kesanggupan sesebuah negara itu melabur, maka ada keyakinan kepada urus tadbir dan kepimpinan Perdana Menteri di negara kita.

    “Pada saya dia cemburulah kerana apabila orang nak melabur apa yang dia cakap semua ini tak betullah,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan Mahathir memberi amaran mengenai beberapa perjanjian yang dimeterai oleh Najib dengan China mungkin mampu menggugat kedaulatan Malaysia.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up