Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Messi Tidak Menakutkan Saya – John Stones

    Posted by fatty | 20 October 2016 | 11:50 am | 4

    john

     

    PEMAIN pertahanan muda Manchester City menegaskan pasukannya telah bersedia untuk berdepan Barcelona sambil mendedahkan kekagumannya terhadap corak permainan pasukan lawannya itu.

    John Stones menegaskan bahawa dia tidak takut berdepan Lionel Messi dan Barcelona menjelang perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

    “Ia tidak menakutkan saya (berdepan Messi), tidak,” kata Stones kepada pemberita.

    “Saya rasa anda perlu bermain menentang yang terbaik untuk melihat bagaimana anda boleh berurusan dengannya dan ia juga sentiasa membuatkan anda memberikan aksi terbaik.

    “Saya melihat ia sebagai satu cabaran menarik dan saya sudah tidak sabar lagi.

    “Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dunia, mudah sahaja. Saya rasa kami sebagai pemain bola sepak, lebih menghargainya apabila perlu berdepan dengannya dan lihat sahaja apa yang dia mampu boleh lakukan,” katanya.

    Pemain pertahanan England itu juga mendedahkan dia telah membesar dengan menonton aksi Messi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up