Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Memalukan!! Program Keluar UMNO Oleh Rafiq Langsung Tiada Sambutan

    Oleh nadilang | 15 October 2016 | 4:56 pm

    KITA DITIPU LAGI? Beberapa hari sebelum ini kita dikatakan akan ada begitu ramai ahli UMNO bertindak keluar parti bagi menyertai Pribumi yang diasaskan Mahathir Mohamed.

    Dengan diketuai oleh bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Rafiq Naizamohideen dari Melaka telah membuat sidang media dan program khas di Ampang pada petang Sabtu bagi tujuan tersebut.

    Bersemangat para rakan media hadir untuk menyaksikan berapa sebenarnya jumlah yang dikatakan “terlalu ramai” yang akan keluar UMNO tersebut?

    Rupanya sekali lagi para media ditipu hidup-hidup apabila yang hadir hanyalah beberapa orang sahaja. Itupun termasuk para wartawan dan petugas-petugas yang memenuhi ruang.

    Soalnya, benarkah semua yang hadir itu adalah ahli UMNO? Atau hanya beberapa orang sahaja manakala yang lain adalah bukan ahli mana-mana parti atau memang ahli parti pembangkang?

    Sebagai seorang yang kecewa apabila digantung dari UMNO dan difahamkan “ada niat” tidak baik terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, tidak hairanlah Rafiq hanya cuba mahu “memanaskan suasana” dengan program keluar UMNO beramai-ramai ini.

    Hakikatnya bak kata para rakan media yang hadir, kerusi lebih ramai daripada mereka yang mahu keluar UMNO seperti diwar-warkan Rafiq sebelum ini.

    Apapun dengan niat di hati yang kotor dan hitam itu, semestinya Pribumi tidak akan mampu mengoyangkan perjuangan UMNO yang ikhlas. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up