Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Abid Qureshi, Calon Hakim Muslim Pertama AS

    Posted by kal-el | 9 September 2016 | 2

    abid-qureshi-federal-judge-united-states

     

    WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Abid Qureshi dicalonkan sebagai calon hakim Muslim pertama di Badan Kehakiman Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

    Pencalonan dibuat sendiri oleh Presiden Barack Obama, lapor The Huffington Post.

    “Saya dengan rasa berbesar hati mencalonkan Qureshi untuk berkhidmat di Mahkamah Daerah Colombia. Saya juga berasa yakin bahawa beliau akan berkhidmat dengan penuh integriti dan memberikan komitmen sepenuhnya kepada masyarakat,” kata Obama dalam satu kenyataan.

    Pencalonan Qureshi tersebut mendapat maklum balas positif daripada komuniti Islam di AS.

    Pengarah Eksekutif Peguambela Muslim, Organisasi Undang-Undang, Farhana Khera berkata: “Saya memuji tindakan Presiden Obama mengambil satu langkah yang besar dalam memilih yang terbaik daripada setiap komuniti di negara ini untuk berkhidmat di Badan Kehakiman Negara.

    “Sebuah Badan Kehakiman mencerminkan ciri kepelbagaian di dalam sebuah negara membantu memastikan pentadbiran undang-undang yang adil dan saksama. Oleh sebab itu, ia sangat penting buat komuniti Muslim Amerika apabila Qureshi dicalonkan sebagai Hakim.

    “Komitmen Qureshi kepada undang-undang dan juga sikapnya yang adil kepada semua orang tidak kira latar belakang mereka menjadikan dia seorang calon yang luar biasa” tambahnya lagi.

    Bagaimanapun, dengan jangka masa beberapa bulan sahaja sebelum Obama berundur dari jawatannya kini, apa sahaja boleh berlaku seperti pihak Republikan menarik semula pencalonan Qureshi itu.

    Ditambah lagi dengan keadaan politik yang kucar-kacir di saat calon presiden Donald Trump yang mengeluarkan kenyataan bahawa seorang Hakim Muslim tidak akan berlaku adil kepadanya kerana keputusannya untuk mengharamkan Muslim memasuki negara itu .

    Namun begitu, Qureshi masih mempunyai peluang untuk menjadi seorang hakim jika calon Demokratik, Hillary Clinton menang dan mencalonkannya semula untuk jawatan yang sama pada tahun 2017.

    Qureshi merupakan seorang rakan kongsi di Latham & Walkins LLP, ibu pejabat Washington.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up