• Carian
  • Media Sosial
  • Bapa Calon PAN Anggap Budiman Wakil Rakyat Yang Bagus

    Posted by editor | 9 June 2016 | 2:14 pm | 29

    13340124_971385969594854_723764141079219717_o

    BAPA kepada calon Parti Amanah Negara atau PAN, Azhar Abdul Shukur berharap agar anaknya berfikir kembali pilihan perjuangan politik yang diambilnya kini.

    Semasa menemui Datuk Abdul Shukur Siraj, wakil portal Tv14 dikejutkan dengan kenyataan bapanya itu yang dilihat tidak sehaluan dengan Azhar.

    “Harapan saya sendiri dia boleh berfikir sendiri ikut peredaran zaman yang sesuai…,” katanya semasa ditemubual secara eksklusif semalam.

    BACA : CALON PAN SG BESAR ‘DERHAKA’ KEPADA PERJUANGAN BAPA SENDIRI?

    Bekas Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang itu juga memberi komen baik terhadap calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang.

    Dengan menyifatkan Budiman sebagai seorang wakil rakyat yang bagus, ia sekali gus membuktikan calon BN tersebut tidak mempunyai masalah semasa khidmatnya selaku wakil rakyat di Sungai Panjang.

    Sesuatu yang terbukti bagus amatlah rugi sekiranya kita tidak terus memanfaatkannya atau memperluaskan lagi kebolehan tersebut.

    Maka sebab itulah pucuk pimpinan parti memilih Budiman sebagai calon mewakili BN agar 42,655 pengundi beserta keluarga masing-masing bakal mendapat manfaat dari bakti seorang wakil rakyat yang disifatkan bagus.

    Jika sebelum ini khidmat cemerlang yang ditunjukkan Budiman hanya dimanfaatkan oleh penduduk DUN Sungai Panjang sahaja, apa salahnya pada 18 Jun depan pengundi di seluruh DUN Sungai Panjang dan Sekincan memberi undi kepada calon BN.

    Semuanya untuk memastikan kebajikan penduduk kawasan P093 ini akan terbela di bawah seorang wakil rakyat yang terbukti ‘kelas A’.

    Andai bapa kepada calon lawan sendiri mengesahkan bahawa calon BN seorang yang bagus, apakah lagi yang harus dinafikan dan diharapkan? –Tv14 

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up