• Carian
  • Media Sosial
  • Mat Sabu Merintih Minta Tolong Ahli PAS Undilah PAN

    Posted by nadilang | 7 June 2016 | 20

    dabc434549d80d8d09e61e03ac4a4c32_XL

    Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengakui memerlukan undi Pas di Kuala Kangsar bagi memenangkan calon Pakatan Harapan.

    Malah katanya ahli-ahli parti lamanya itu tidak perlu keluar daripada parti itu untuk berbuat demikian.

    “Tidak apa (tidak payah keluar Pas) kita nak undi ahli dia (Pas) sahaja..Insya Allah boleh..saya sudah jumpa ramai dah,” katanya ketika ditemui selepas berkempen di Sayong Lembah di sini malam tadi.

    Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, itu sahaja cara jika mahu mengugugat Barisan Nasional dalam pilihan raya.

    “Ahli Pas perlu undi PAN sebab Pas bersendirian tidak mampu pergi..saya tahu kerana saya terlibat lama kecuali ketika Pas bersama Pakatan Rakyat dahulu kita dapat Kedah, Selangor dan Perak,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, dalam ucapannya, Mat Sabu mengaku dirinya antara tersenarai menjadi calon Pakatan Harapan di Kuala Kangsar namun selepas perbincangan dan nasihat beberapa NGO, mereka memilih Dr. Ahmad Tarmizi Ramli.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up