Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Amri Mahu Harimau Malaysia Bangkit Perlawanan Yang Akan Datang

    Oleh fatty | 30 March 2016 | 7:15 pm

    266367_heroa

    MELAKA– Keputusan seri 0-0 dalam perlawanan antara Harimau Malaysia dan Macau malam tadi perlu diambil sebagai pengajaran bagi pasukan itu bangkit bagi menghadapi perlawanan seterusnya di masa akan datang.

    Ketua pasukan Malaysia Mohd Amri Yahyah berkata pasukan negara perlu memperbaiki tindakan penyudah dan belajar untuk mengekalkan fokus sepanjang permainan.

    “Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, namun kita telah cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut. Kita gagal untuk menjaringkan gol saya sendiri pun dapat mencipta peluang tetapi gagal menjaringkn gol.

    Kecewa tetapi kita terima keputusan perlawanan ini. Kepenatan bukanlah faktor kita gagal kali ini, tetapi mungkin faktor lain di mana kita terlalu leka untuk mencari gol dan ada sedikit hilang fokus,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini malam tadi.

    Beliau berkata harapan untuk menang ke atas Macau berada di kedudukan ranking lebih rendah iaitu ke-195 berbanding Malaysia di tangga 166 memberikan sedikit tekanan namun menegaskan tekanan bukan alasan untuk Harimau Malaysia mencatat kemenangan.

    Seorang penyokong Harimau Malaysia iaitu Zamri Zanggi, 47, dari Bukit Katil di sini berkata terdapat perkembangan positif dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee namun pasukan perlu melakukan peningkatan dalam perlawanan akan datang.

    “Kalah atau menang saya dan keluarga sentiasa memberikan sokongan padu buat skuad kebangsaan bagi setiap perlawanan,” katanya.

    Siti Hajar Abd Razak, 27, dari Cheng di sini pula berkata skuad Harimau Malaysia perlu mengambil keputusan malam ini sebagai sesuatu yang positif untuk terus bangkit.

    “Ini kali pertama saya dan rakan-rakan hadir untuk menyokong skuad kebangsaan…kami teruja dan bersemangat dan berharap pasukan kebangsaan akan terus bangkit dan sentiasa positif untuk terus maju di masa akan datang,” katanya.

    — BERNAMA

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up