Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Lelaki Tak Sedar Dia Tikam Dan Kelar Guru Sekolah Agama

    Oleh nadilang | 13 February 2016 | 3:40 pm

    image

    KUALA LUMPUR: Lelaki mengalami masalah mental yang didakwa menikam dan mengelar seorang guru sekolah agama di Taman Setapak Jaya pada Isnin lalu mendakwa tidak menyedari tindakannya ketika kejadian berlaku. 

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, perkara itu dimaklumkan semasa soal siasat terhadap suspek berusia 22 tahun itu.

    “Katanya dia tidak sedar apa yang dia buat sehingga dia melihat wanita ditemui mengerang kesakitan dalam keadaan berlumuran darah.

    “Kerana takut, dia melihatkan diri ke pusat agama di Ampang di mana dia kemudiannya ditahan oleh unit peronda polis kerana menganggu.

    “Apabila kita periksa latar belakangnya, kita dapati dia merupakan individu dikehendaki dalam kes ini sehingga membawa kepada penahanannya,” katanya pada sidang media, Jumaat.

    Mohd Roy berkata, polis turut akan merakamkan kenyataan mangsa, Khairah Hashim, 49, dalam masa dua hari.

    “Suaminya beritahu kita bahawa dia kini boleh bercakap.

    “Kita percaya kita dapat menyelesaikan siasatan ini dan mengemukakan hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Polis pada Khamis menahan seorang lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, Khairiah pada kira-kira pukul 1 pagi, di Pandah Indah di sini.

    Khairah yang merupakan guru Sekolah Rendah Al-Amin kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Mangsa mengalamai kecederaan di bahagian peut, dahi dan tangan.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up