Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • UniMara Akan Dibuka Jun Ini – Ismail Sabri

    Posted by nadilang | 2 February 2016 | 13

    ismail mara

    Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    “Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini malam tadi.

    UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.

    Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan. – BERNAMA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up