Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • DAP Terima RM1.2 Bilion Dari Israel, Apakah Tarikh Pilihan Kit Siang Untuk Saman Razali Dan Zuhdi?

    Posted by nadilang | 19 January 2016 | 9:30 pm | 59

    546375_210656419052231_100003236238685_349097_1567890525_n

    LIM Kit Siang sibuk menuntut penjelasan berhubung isu derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Barisan Nasional walaupun SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut tidak diterima dari 1MDB dan ianya tidak melibatkan duit rakyat.

    Kini kita mendesak Lim Kit Siang pula memberi penjelasan berkenaan isu dana RM1.2bilion yang DAP terima dari Israel untuk PRU13 menurut dakwaan Zuhdi dan Razali pula. Rakyat Malaysia juga menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perkara ini memandangkan Zuhdi dan Razali telah membuat kenyataan. Tambahan pula beberapa laporan polis dikatakan telah dibuat oleh beberapa pihak.

    Selain daripada itu juga dakwaan kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13 oleh Mohamed Razali telah mengaitkan DAP sebagai mempunyai hubungan dengan negara yang paling kejam didunia iaitu Israel.

    Diantara dakwaan lain yang dibangkitkan oleh beliau adalah pembukaan pangkalan tentara Israel di negara ini, jika DAP berjaya menawan Putrajaya. Isu ini amat serius dimana melibatkan sumbangan untuk pembiayaan Pilihanraya yang juga melibatkan sebuah negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia.

    Memetik kenyataan dari portal FMT, DAP akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini

    Namun sehingga ke hari ini, DAP dilihat hanya memanipulasikan sahaja isu ini. Hanya kenyataan akan melakukan tindakan perundangan. Tiada sebarang tindakan dibuat.

    Untuk makluman, dakwaan itu dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan telah terlibat secara langsung dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

    Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

    Mengapa sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?

    Dalam usaha mengalihkan isu ini, Lim Kit Siang pula dilihat terlalu sibuk membuat tuntutan agar SPR mendedahkan sama ada mereka mengesyorkan sebarang dakwaan diambil ke atas Najib berhubung dengan dana RM42 juta daripada SRC International yang dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri pula.

    Ironinya, SPRM telah menafikan artikel Sarawak Report yang melaporkan agensi itu melengkapkan siasatan berhubung isu berkenaan yang didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri dan kemudiannya diserahkan kepada Apandi.

    Penafian tersebut tidak cukup bagi Lim Kit Siang. Bagaimana pula dengan tuntutan rakyat Malaysia terhadap penjelasan yang perlu dilakukan oleh Lim Kit Siang berkenaan dana RM1.2bilion dari Israel pula?

    Kalau benar Mohamed Razali berbohong maka kita mahu Lim Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini.

    DAP perlu tahu bahawa rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu telah muak dengan tuntutan dan desakan yang tidak masuk akal dari pemimpin DAP yang jelas bertujuan untuk memberi gambaran buruk terhadap Barisan Nasional memandangkan mereka tahu bahawa “najis” dan “bau busuk” yang datang bersama DAP jauh lebih banyak dan membahayakan keamanan negara. – MyKMU

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up