• Carian
  • Media Sosial
  • Empat ADUN Selangor Bakal “Matikan Politik” Wan Azizah Di Selangor”

    Posted by editor | 13 August 2014 | 1028

    Siapakah mereka? Apakah mereka ini adalah Castle, Queen, Bishop dan Knight pilihan Khalid untuk “Check Mate” Anwar dalam Langkah Kajang. Dalam permainan Langkah Khalid vs Langkah Kajang sekarang ini, Langkah Khalid sedang mendahului.

    Setelah 4 hari dipecat oleh PKR pada 9 Ogos 2014, Khalid Ibrahim terus mengorak langkah dengan lebih agresif dan berani berbanding Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi Ramli. Kini ramai menantikan apakah langkah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh Khalid dalam Langkah Khalid.

    Pada hari pertama dipecat,

    Langkah Khalid yang pertama adalah dengan mendapatkan sokongan penuh daripada Dewan Ulama PAS yang membuat ketetapan bahawa Khalid Ibrahim perlu dikekalkan mengikut hukum syarak. Langkah Khalid yang pertama ini kuat, kerana ianya disokong oleh Nik Aziz dan Haron Din

    Pada hari kedua dipecat

    Langkah Khalid yang kedua adalah dengan mendapatkan bantuan daripada jentera PKR yang tidak berpuas hati dengan Anwar untuk memprotes tindakan zalim terhadap dirinya. Juga berjaya.

    Hari ketiga dipecat,

    Langkah Khalid yang ketiga adalah dengan mengadap Sultan Selangor dan menunjukkan bukti bahawa dirinya mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. Pihak Anwar mendakwa Khalid menipu dan tidak bercakap benar. Biarpun dituduh menipu, Khalid tidak semudah itu termasuk dalam perangkap Anwar bila menyimpan Langkah Khalid yang seterusnya untuk menjawap tohmahan Anwar itu.

    Langkah Kajang Anwar menjadi langkah mati. Anwar yang selama ini gagah bercakap tiba tiba mengaku “tidak tahu berkata apa-apa” di Malaysiakini.

    Anwar cuba Langkah Kajang ke negeri Terengganu untuk memujuk Presiden PAS. Keputusannya, Hadi Awang tidak berminat dengan Langkah Kajang dan tetap dengan sokongan pada Langkah Khalid.

    Hari keempat dipecat dari PKR,

    Langkah Khalid yang keempat adalah dengan memecat 5 orang sekaligus Exco DAP dan PKR yang dilihat tidak menyokongnya. Langkah itu pada awalnya mahu dinafikan secara undang undang oleh kumpulan Langkah Kajang, namun akhirnya Khalid berjaya lagi buat kali keempat.

    Hari kelima sebagai ADUN Bebas, Langkah Khalid semakin berani bila masuk dan membuktikan empat orang Exco PAS bermesyuarat bersamanya di Bangunan SUK Kerajaan Negeri. Kumpulan Langkah Kajang cuba melangkah masuk ke mesyuarat tapi dihalang. Langkah Khalid menang lagi buat kali ke-5.

    Hari yang kelima juga, Langkah Khalid terus menerima suntikan semangat bila surat dari Istana Selangor mengesahkan pemecatan 5 orang Exco DAP dan PKR. Malah lebih menyerlahkan sokongan bila Khalid akui Rodziah Ismail tidak akan disingkirkan kerana beliau mungkin akan bersama dengan Khalid.

    Empat ADUN PKR Akan Bersama Khalid?

    Desas desus dari Bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor bertiup kuat bahawa dua orang lagi Exco iaitu Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukti Lanjan) dan Daroyah Alwi (ADUN PKR Sementa) bakal kembali untuk bersama dengan Khalid Ibrahim. Seorang lagi yang dikhabarkan bakal menyertai Khalid Ibrahim adalah ADUN Ijok iaitu Dr Idris Ahmad.

    Apakah keempat empat orang ADUN PKR bakal “mematikan terus” karier politik Wan Azizah di Selangor? Kita nantikan penjelasan lanjut daripada tiga orang lagi ADUN terbabit yang sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan tentang pendirian mereka.

    Jika benar empat orang wakil rakyat terbabit bersama Khalid maka sokongan terhadap Khalid akan menjadi 33 orang kesemuanya berbanding 23 orang yang bersama dengan Wan Azizah.

    Apakah dalam Langkah Khalid yang ke-6 dan ke-7, ada pengumuman tentang pendirian empat orang ADUN terbabit? Sudah pasti Langkah Khalid punyai “element of surprise” yang lebih strategik dan tersusun berbanding Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli.

    Berapa yang diperlukan dalam Langkah Khalid untuk checkmate Anwar Ibrahim? Apakah Langkah Khalid yang ke-10 itu adalah pada 17 Ogos 2014 ketika mesyuarat khas PAS?

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up